ANONreader(s)

Friday, April 1

fooled by April Fool

April mai lagi! and for certain people, masuk jer bulan April they don't think other than APRIL FOOL (in Arabic, Kithbat Neesaan or “The Lies of April”),  especially among the youngsters who celebrate the day with variety of odd surprise or something unexpected but it's all are lies. hari April fool, hari nak pedajal semua orang and it's not a national holiday -..- korang tahu tak al-kisah sebenar di sebalik hari 'April Fool' ni? If you care and love Islam, korang kena baca ni ok! :) 


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H.


Adalah dipercayai sambutan 'April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin risau akan sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai 'April Fool’s Day’. Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya 'pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan. Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan 'April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, kadang kala lawak 'April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan. Sebagai contoh kisah benar yang telah berlaku apabila seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga,” kepada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool’. Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam. Sampaikan hari nak menyambut Maulidur Rasul pon ada orang mempertikaikan. 

Some of Muslims in this country may not know the real story about the 'April Fool' and that's why they are still celebrate it..  Tak rugi kalau kita sama2 sebarkan kepada semua umat Islam bahawa kita ni sebenarnya diperbodohkan dengan sambutan yang diraikan oleh orang barat. walhal sebenarnya 'April Fool' ni adalah hari meraikan pembunuhan saudara Islam kita dan jika masih sambut "April Fool' ni samalah seperti kita mempersendakan Islam dan diri kita sendiri.

this statement, I grab it from mykhilafah.com. last and not least, stop celebrating Valentine Day & April Fool self-reminder


0 non-stop talking:

Post a Commenttrolololol

Don't stop talking babe